TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 68)
Kabul (III)
Walaupun kawasan hotel di kawal rapat, tiada siapa boleh jamin ia selamat 100%. Kalau Taliban nak masuk dalam hotel & melepaskan bedilan, mudah dilakukan.
Saya tidur sepanjang malam memang takut walaupun bilik hotel selesa. Kawan2 di Kabul juga cerita beberapa insiden berdarah yang berlaku di Hotel Serena bewarna kekuningan dalam foto ini. Ia terletak di tengah2 bandar Kabul.
Bandar Kabul sentiasa sesak dengan kenderaan & orang ramai. Tiada siapa tahu di kalangan mereka ini ada yang memakai bom di badan. Kematian amat mudah di sini.
Di waktu siang, saya & rakan2 kerja Amanie terpaksa berada di Bank Pusat Afghanistan (DAB). Kami mendapat layanan baik dari semua pegawai sehinggalah ke Governor. Semua urusan pengangkutan & keselamatan diuruskan DAB. Kami diiringi pegawai keselamatan lengkap bersenjata.
Yang paling menakutkan kami menaiki kenderaan resmi 4x4 DAB. Senang menjadi sasaran. Proses nak masuk DAB setiap pagi memang complicated. Pemeriksaan keselamatan yang teliti. Tidak siapa boleh dipercayai dalam soal keselamatan. Malah kereta resmi, pemandu & pegawal keselamatan terpaksa diperiksa juga bersama kami. "Trust no one to survive".
Selepas satu tahun kerja kami di Kabul, kami kena buat seminar penutup untuk semua pemain perbankan Islam. Hampir 100 orang hadir di hotel 4 bintang. Saya dah cuak. Taliban tak suka sangat majlis2 ilmu sebegini. Pemikiran mereka sempit & ortodox. Majlis ini boleh menjadi sasaran. Saya cuba mengelak mengadakan majlis ini.
Saya diberitahu sesi ini sudah disyaratkan dalam terma kontrak kami. Waktu saya sign kontrak, saya buta tentang lanskap keselamatan di sini. Di atas pentas, saya beraksi. Di dalam hati, saya kecut perut. Hanya sebutir bom, kami boleh jadi arwah.
Banyak yang kami dengar dari rakan2 di Kabul tentang Taliban. Semuanya terancam samada golongan terpelajar @ rakyat biasa. Cara Taliban adalah 'follow my way or face consequence". Hanya mereka yang membawa panji Islam. Ini adalah versi Islam yang membahayakan. Ia jauh tersasar dari ajaran agama. Kebenaran bukan milik siapa.Keadilan bukan di hujung senapang. Ia kena dibuktikan di mahkamah dengan prosedur yang teliti.
MDB